Sabtu, 3 Oktober 2009

KOTA BELUD : TIADA PAPAN TANDA TULISAN JAWI


Apabila membaca blog Datuk Musbah wakil rakyat Tempasuk, mengenai papan tanda tulisan Jawi di Kota Belud..saya menjadi pemerhati yang peka setiap kali turun ke pekan Kota Bleud dari Rampayan. Meninjau sekali-sekala kalau-kalau ada papan tanda tulisan Jawi seperti yang disebutkan oleh datuk Musbah. Kata YB itu, program ini sudah dirancang sekitar tahun 2008 lagi..Sudah setahun tapi masih belum nampak realiti perancangan itu.

Setakat kelmarin apa yang saya nampak bergantung ialah banner Ucapan Hari Raya Aidilfitri para pemimpin dan pertubuhan di Kota Belud. Dan apa yang mengejutkan saya Banner Datuk Musbah yang besar terpampang gambarnya bersebelahan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman,langsung tidak ada tulisan Jawi..sedangkan YB ini begitu beriya-iya 'mengjawikan" papan tanda di pekan Kota Belud. Jika nak buat, harus bermula pada diri sendiri sebagai pemimpin.

Cadangan ini pada asasnay baik dan perlu dilaksanakan, mungkin dengan bantuan dewan Bahasa Pustaka. Datuk Musbah kena mengadakan perbincangan dengan badan bahasa ini terlebih dahulu. Di negara Jiran Brunei darussalam..papan tanda jawi ini sudah lama dilaksanakan. Di Sabah mungkin masih baru tetapi harus dimulakan sebagai mengangkat kembali tulisan jawi yang mula dilupakan oleh generasi muda sekarang.

Selian daripada itu, di sekitar Pekan kota belud juga tidak terdapat papan tanda yang menjadi rujukan dan peringatan kepada masyarakat. misalnya, KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN dan lain-lain lagi. majlis daerah perlu memikirkan keadaan ini. Semoga Kota Belud menjadi daerah contoh di Sabah.

5 ulasan:

  1. Akum,

    Barangkali tinggal perancangan sahaja..

    BalasPadam
  2. Salam,
    Terima kasih kerana mengikuti perkembangan di blog saya.Program itu bukan cakap kosong semata.Tapi maklumlah dalam perancangan ketika itu,saya masih sibuk dalam pemilihan Umno bahagian.

    Walaupun saya telah kalah,Insyaallah ianya akan dilaksanakan juga dengan bantuan DBP.Tapi walaupun belum sdr lihat hari ini,tapi sayalah pemimpin KB yang pertama di KB yang menyuarakan usaha murni ini.Doakan saya.

    BalasPadam
  3. salam..

    KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN. Kalau separuh je.. tidak penuh lah tu.. hehe... Betul ke nahu/ayat tu? Separuh=half, sebahagian=part.. Suggestion.. KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

    BalasPadam
  4. Bila perancangan itu kan berjaya..? Datuk Musbah dah jadi pembantu Menteri..? kalau nak tunggu PRU-13 kah..?

    saya setuju dgn sdr Abu..KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

    BalasPadam
  5. Salam kembali..

    TQ atas kunjungan sdr-sdr semula..terutama datuk Musbah..apa-apapun teruskan datuk..Semoga usaha murni ini berjaya dilaksanakan.

    KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN...

    BalasPadam