Ahad, 13 November 2011

Santai Bersama DARD di Rampayan Laut

Aktiviti Datuk Rahman di pantai Rampayan Laut bersama rakyat

Sabtu, 5 November 2011

SABAH SUPPORTS EDUCATION PROGRESS

KOTA KINABALU: The state government is very supportive of education development.

And, it is continuing to work closely with the federal government to ensure that there are sufficient schools and institutes of higher learning in the state.

In order for Sabah to play a positive role in the nation’s development, a workforce that is knowledgeable is needed.

“And to achieve this, schools play a crucial role in early education development followed by higher learning institutes,” Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said at the SJK ( C ) Chung Hwa Likas Culture Nite yesterday.

In his speech read by Deputy Chief Minister Datuk Dr Yee Moh Chai, Musa also said the state government allocated millions of ringgit annually to independent and national type Chinese schools apart from mission schools.

“SRJK Chung Hwa Likas is one of the recipients that has benefited from this government policy,” he added.

Musa said Sabah was also thankful to the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who annouced that RM100 million each would be allocated to Chinese, Tamil and mission schools as well as Mara institutes when he tabled the 2012 Budget recently.

“The decision clearly demonstrates both governments’ sensitivity to the needs of the various types of schools in efforts to uplift the overall standard of education in the country,” said Musa who is also Finance Minister.

The state government, he added, also aimed to bridge the regional divide in places where higher education was not available, and for this reason, Sabah has developed an education hub in Sandakan which was now offering courses in sustainable agriculture under Universiti Malaysia Sabah (UMS).

He said other higher learning institutions were also coming on stream soon.

Meanwhile, the Chief Minister said the government was proud thatSRJK Chung Hwa Likas has continued to excel in academic and extra-curricular activities.

“This is due to a combination of a good school administration system, hard work of the school board of directors and strong commitment from the Parents Teachers Association with each component carrying out its responsibility with diligence,” Musa said.

He also said under the leadership of chairman Kong Yu Kiong, the school’s PTA has done well in terms of providing for the pupils’ welfare, teachers’ training as well as the various needs of the school.

On the gala concert, he said it was a platform for growing children to learn values such as the need to cooperate with one another and the importance of punctuality.

“It is also a way for children to learn techniques to express their thoughts which then encourages them to articulate their thinking both in school and later when they become adults and look for jobs in a world that is increasingly competitive.”

Ahad, 14 Ogos 2011

KALAU PAKATAN MEMERINTAH


Jika sebelum pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional sering mendabik dada, kononnya parti-parti lain tidak tahu cara mentadbir negara dan negeri. Pembohongan yang diulang-ulang selama lebih 50 tahun ini ramai juga menelannya.




Setelah PRU 2008, terbukti lima negeri (termasuk Perak yang dirampas secara haram oleh BN setahun kemudian) bukan sahaja mampu mentadbir dengan baik, malah dapat mengurus negeri dengan lebih telus, cekap dan cemerlang.





Pembaziran berjaya dikurangkan, lebihan bajet dicatatkan dan ramai golongan yang selama ini terbiar mula mendapat pembelaan tanpa mengira kaum dan agama.




Maka kita rakyat Malaysia harus berfikir kembali, adakah hanya UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini? Selama mana kita akan terus makan gula-gula politik UMNO-BN?




Lihat dan nilai sendiri kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (malah, Perak dalam masa setahun berjaya melaksanakan program untuk rakyat yang gagal dilaksanakan oleh UMNO-BN selama 50 tahun).




Antara kejayaan yang ketara ialah tiada (atau sekurang-kurangnya hampir tiada) rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; pemberian dan peruntukan bantuan, tanah, sekolah, gerai, kedai dan sebagainya lebih meluas untuk semua yang layak; kelulusan kontrak dan projek melalui tender terbuka dan banyak lagi program bermanfaat untuk rakyat.




Malah, petanda kejayaan yang sebenarnya ialah bukti bahawa Melayu dan Bumiputera memang berkemampuan dan layak dalam pelbagai bidang. Mereka tidak perlu bergantung kepada warna kulit dan kabel politik untuk mendapat projek. Inilah antara kecemerlangan Pakatan yang tidak memerlukan sebarang slogan atau cogan kata kerana ia adalah hakikat yang benar tentang kemampuan Melayu dan Bumiputera.




Dengan itu, bayangkan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan untuk mentadbir Kerajaan Pusat dalam PRU ke-13 nanti.




Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, sedikit-sebanyak kebaikan yang akan dibawakan adalah:Jika sebelum pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional sering mendabik dada, kononnya parti-parti lain tidak tahu cara mentadbir negara dan negeri. Pembohongan yang diulang-ulang selama lebih 50 tahun ini ramai juga menelannya.




Setelah PRU 2008, terbukti lima negeri (termasuk Perak yang dirampas secara haram oleh BN setahun kemudian) bukan sahaja mampu mentadbir dengan baik, malah dapat mengurus negeri dengan lebih telus, cekap dan cemerlang. Pembaziran berjaya dikurangkan, lebihan bajet dicatatkan dan ramai golongan yang selama ini terbiar mula mendapat pembelaan tanpa mengira kaum dan agama.




Maka kita rakyat Malaysia harus berfikir kembali, adakah hanya UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini? Selama mana kita akan terus makan gula-gula politik UMNO-BN?




Lihat dan nilai sendiri kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (malah, Perak dalam masa setahun berjaya melaksanakan program untuk rakyat yang gagal dilaksanakan oleh UMNO-BN selama 50 tahun).




Antara kejayaan yang ketara ialah tiada (atau sekurang-kurangnya hampir tiada) rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; pemberian dan peruntukan bantuan, tanah, sekolah, gerai, kedai dan sebagainya lebih meluas untuk semua yang layak; kelulusan kontrak dan projek melalui tender terbuka dan banyak lagi program bermanfaat untuk rakyat.




Malah, petanda kejayaan yang sebenarnya ialah bukti bahawa Melayu dan Bumiputera memang berkemampuan dan layak dalam pelbagai bidang. Mereka tidak perlu bergantung kepada warna kulit dan kabel politik untuk mendapat projek. Inilah antara kecemerlangan Pakatan yang tidak memerlukan sebarang slogan atau cogan kata kerana ia adalah hakikat yang benar tentang kemampuan Melayu dan Bumiputera.



Dengan itu, bayangkan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan untuk mentadbir Kerajaan Pusat dalam PRU ke-13 nanti.




Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, sedikit-sebanyak kebaikan yang akan dibawakan adalah:




Rakyat akan mendapat faedah menerusi:


  1. Harga minyak yang dapat diturunkan dengan memberi semula subsidi
  2. Harga barangan keperluan harian terutamanya makanan akan menjadi lebih rendah dan kuasa beli rakyat akan meningkat melalui jaminan subsidi
  3. Tarif air dan elektrik akan lebih munasabah dan berbaloi; malah air percuma untuk golongan berpendapatn rendah akan diperluaskan




Rakyat akan mendapat keadilan menerusi:

  1. Sistem kehakiman dan badan perundangan yang akan dirombak supaya lebih telus dan adil.
  2. Pasukan Polis, SPRM, SPR akan direformasikan demi menjaga keselamatan dan kehormatan diri dan tidak berpihak kepada mana-mana serta kerajaan.




Perniagaan akan lebih maju menerusi:

  1. Peluang perniagaan yang lebih terbuka dan adil
  2. Persaingan perniagaan akan menjadi lebih sihat kerana semua pihak mendapat peluang yang adil dan saksama.




Golongan tua dan orang kurang upaya (OKU) akan lebih terjamin menerusi:

  1. Bantuan kesihatan dan perubatan yang lebih bersepadu dan praktikal
  2. Bantuan kewangan yang lebih rasional termasuk sistem penilaian dan pemyaluran bantuan akan lebih cepat dan cekap menerusi reformasi Jabatan Kebajikan Masyarakat.




Golongan ibu tunggal dan wanita akan lebih terbela menerusi:

  1. Skim bantuan perniagaan dan latihan kemahiran untuk meningkatkan potensi dan kemampuan mereka untuk bersaing dalam industri yang diceburi
  2. Kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam barisan pimpinan perkhidmatan awam dan politik akan lebih cepat dicapai.
  3. Perlindungan hak, keselamatan dan undang-undang yang lebih terjamin.




Golongan muda akan mendapat peluang yang lebih menerusi:

  1. Kebebasan berpersatuan, beraktiviti dan bersuara.
  2. Mengiktiraf fungsi dan peranan kaum muda dalam pembangunan negara dengan memberi dan membuka peluang yang lebih adil, telus dan sama-rata.
  3. Menjamin mutu pendidikan dan kos pendidikan yang terbaik.



Golongan pekerja mendapat layanan yang lebih adil menerusi:

  1. Memperkenalkan gaji minimum
  2. Pengiktirafan kesatuan sekerja dengan memberi peranan yang lebih dalam membela nasib ahli-ahlinya.
  3. Peluang dan ruang yang lebih luas untuk meningkatkan kemahiran, latihan dan pengetahuan para pekerja.
  4. Menyerapkan pekerja yang cekap dan berkualiti dalam sektor swasta ke dalam sektor awam dengan upah dan imbuhan yang terbaik. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan awam dan mampu meningkatkan kualiti dikalangan pekerja.




Media massa akan menjadi lebih terbuka menerusi

  1. Pemansuhan akta-akta yang mengekang kebebasan akhbar seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan melonggarkan peruntukan undang-undang supaya media lebih bebas.
  2. Pihak media masa akan lebih berperanan dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat, ekonomi dan negara, dan tidak lagi menjadi alat pemerintah.
  3. Pembebasan media akan membolehkan wartawan menjadi lebih professional dan tidak takut untuk melaporkan apa yang benar walau pun tidak disukai oleh pemerintah.




Memang semua itu hanya seperti janji-janji atau manifesto politik. Jadi bagaimana mahu menilai sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak?




Ia tidak sukar untuk dinilai. Lihat sahaja kepada apa yang sedang berlaku di negeri-negeri Pakatan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan; segala-galanya dilaksanakan demi kepentingan rakyat, dan bukan kroni atau melalui kabel politik.




Malah di Perak selama setahun, segala peruntukan untuk tanah, sekolah, perniagaan yang ‘disembunyikan’ oleh BN selama 50 tahun dapat dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan dengan memberikan kepada semua warga yang layak dalam masa 12 bulan sahaja.




Kerajaan Pusat BN telah menyekat sebarang peruntukan tambahan untuk negeri-negeri Pakatan. Keadaan ini memaksa negeri-negeri Pakatan berjimat-cermat dan berhemah dalam perbelanjaan negeri sehingga dapat menjimat wang serta mencatat lebihan bajet.



Inilah yang dikatakan dividen anti-pembaziran dan anti-rasuah yang berjaya dikumpulkan untuk dijadikan peruntukan bantuan kepada warga miskin, fakir miskin dan OKU. Dividen ini juga mampu membolehkan negeri-negeri Pakatan membayar bonus Hari Raya kepada kakitangan awam negeri.




Dengan contoh-contoh kecil ini, tentunya Pakatan Rakyat mampu membuat sesuatu yang berpuluh kali ganda lebih baik untuk rakyat jika mandat diberi untuk mengambil alih Kerajaan Pusat dalam PRU akan datang. – Roketkini.com


Sabtu, 13 Ogos 2011

ADAT IRANUN BILA ADA KEMATIAN




Siti Nurhaliza (kiri) memberi penghormatan terakhir kepada bapanya Allahyarham Tarudin Ismail sebelum solat jenazah di Bukit Antarabangsa di sini, semalam - gambar sekadar hiasan


Dalam mayarakat Iranun mempunyai beberapa tatacara apabila berlaku kematian, antarnya ialah ;-

1. Mengumumkan Kematian

Apabila berlaku kematian, maka harus diumumkan kepada semua penduduk kampung
kerana berlandaskan pegangan prinsip susah senang ditempohi bersama. Oleh itu ada cara
untuk mengumumkan kematian tersebut, iaitu;- Memalu alat-alat bunyian iaitu Balu dan
Tabu. Melalui paluan balu dan tabu penduduk setempat/orang ramai dapat membezakan status/taraf orang yang telah meninggal dunia. Tujuannya adalah untuk mengumumkan/memberi tahu bahawa ada kematian di tempat tersebut.

1.1 Mengumumkan Menggunakan Balu yang ditetapka bagi golongan Datu/Syarif

Balu adalah gabungan alat-alat bunyi-bunyian seperti , gendang, gong dan babendir, melodinya dicipta khas untuk orang yang meninggal sahaja.) yang dipukul di rumah keluarga si mati.

Bilangan paluan/pukulan balu berdasarkan kepada peringkat usia si mati, iaitu;-

Perempuan Lelaki

a) Kanak-kanak - 6 kali midedsah 7 kali midesah
b) Remaja - 8 kali midesah 9 kali midesah
c) Dewasa - 12 Midesah 13 - 15 kali midesah

Masa Memukul Balu bagi golongan datu/syarif

a) Selepas sahaja seseorang itu disahkan meninggal,
b) Ketika mayat dimandikan dan
c) Ketika mayat diturunkan dan seterusnya dihantar ke perkuburan.

1. 2. Mengumumkan Menggunakan Tabu, ditetapkan bagi golongan biasa

Pengumuman menggunakan tabu yang dipalu/dipukul daripada masjid dan bilangan pukulan tabu iaitu;-

a) Kanak-Kanak - 6 kali
b) Remaja - 8 kali
c) Dewasa - 12 kali

2. Mengunjungi Keluarga Si Mati

Keluarga si mati akan dikunjugi oleh masyarakat / penduduk kampung dengan membawa bersama beberapa derma atau bantuan, antaranya ialah beras, gula, padi,kayu api, wang dan berbagai lagi.

Pengunjung akan bergotong royong untuk menyiapkan semua keperluan, seperti kaum lelaki akan membuat keranda dan usunan ( jika si matai golongan datu/syarif). Kaum perempuan pula akan membuat kerja-kerja didapaur, seperti masak dan lain-lain.

Pada masa dulu menjadi satu kewajiban bagi masyarakat Iranun apa bila berlaku kematian, pihak keluarga si mati akan menyembelih kerbau atau lembu untuk dijamu kepada tetamu yang menziarah. Jamuan diadakan sebagai terima kasih kepada tetamu atas bantuan mereka jenazah diuruskan sehingga selesai dan seterusnya dikebumikan. Namun masa kini tradisi jamuan dalam kematian jarang diadakan atau tidak ada lagi sama sekali, kerana dikatakan bertentangan dengan agama Islam.

Bagi keluarga si mati yang tidak berkemampuan (orang susah) penduduk kampung akan menghulurkan bantuan atau menderma kepada keluarga berkenaan. Pada masa ini telah ramai penduduk kampung atau keluarga membentuk JK Tabung Khairat untuk kemudahan apa bila berlaku kematian dalam kalangan ahli-ahlinya.

3. Memandikan Mayat - balu akan dipukul

4. Menghantar maya ke Perkuburan - Balu di pukul dan jenazah akan dibawa dengan menggunakan usunan ( bagi mayat golongan datu/syarif). Seorang daripada keluarga terdekat si mati akan turut menaiki usunan berkenaan untuk memayugi keranda berkenaan. Payang yang digunakan adalah payung yang direka khas. Kebiasannya payung tersebut digunakan semasa dalam perkahwinan dan kematian sahaja.

5. Pengebumian Jenazah - Selesai membaca talkhin keluarga si mati akan membina sulap atau khemah tempat tinggal semantara di perkarangan kuburan tersebut untuk menunggu/menjaga jenazah yang baru dikubur. Tempoh menjaga kuburan tersebut ialah 40 hingga 21 malam bagi golongan datu/syarif dan bagi golongan biasa memadai 7 malam.

Seelum meninggalkan kuburan kelambu akan dibuat di atas kubur si mati, hijau bagi golongan datu, kuning untuk golongan syarif dan putih bagi golongan biasa.

6. Kenduri - Terdapat bilangan hari bagi mengadakan kenduri arwah, hari tersebut ialah;-
.
1. Hari ketujuh - dikenali dengan kenduri pitu gawi. - iaitu 7 hari selepas jenazah dikebumikan. Sebelum kenduri dibuat pembacaan Al-Quaran diadakan sehingga khatam yang dipanggil pangadi sa bangkai-bangkaian. Selain itu juga setiap malam orang alim atau kali akan kerumah untuk membaca doa dan tahlil yang dipanggil dalimakan.

2. kenduri Hari ke 21 : ini disebut dua pulu agu isa atau tenga pat pulu

3. Kenduri Hari ke 40 : Jenazah genap di kebumikan sudah 40 hari

4. Kenduri Gatusan : Jenezah genap 100 di kebumikan
5. Kenduri Temegan: Genap 1 tahun jenezah dikebumikan
6. Kenduri arwah - diadakan menjelang hari raya atau hari-hari lain.
Setiap kali kenduri diadakan, bagi mereka yang berada sekurang-kurangnya seekor kerbau atau sapi akan disembelih. Parkara ini kewajiban bagi golongan bangsawan khasnya kenduri hari ke 7, 40 dan ke 100 hari.
dipetik dari buku : Iranun : Sejarah dan Adat Tradisi oleh Datu Bandira Datu Hj. Alang

Isnin, 8 Ogos 2011

DUMC; BUKTI PERMURTADAN PENGANUT ISLAM DITEMUI


Oleh Free Malaysia Today – PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?

Dr Dzulkhaini Husain, Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.

“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.

Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar ”

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.

Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.

“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.

“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.

Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Rabu, 3 Ogos 2011

Jawapan SPR Cuba Bodohkan Rakyat


Anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini. "Ini tidak masuk akal," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kiri) yang mewakili wakil rakyat Pakatan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.





Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman untuk membuat perjelasan kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam. SPR malam tadi menafikan terdapat penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.




Sebaliknya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Katanya, beliau fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaski. Khairuddin (kanan) berkata, Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana ia masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.



Selain itu, tambahanya, timbul juga persoalan kenapa sistem dalam talian itu tidak dikemaskini secara automatik sejurus selepas maklumat baru diperoleh. "Kalau tidak kemaskini, SPR kena kaji sistem itu," kata Khairuddin yang juga seorang pengamal undang-undang. Sementara itu, beliau juga mendakwa mengenalpasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras namanya masih tercicir dalam daftar pemilih. -mk


Selasa, 26 Julai 2011

NAJIB BUTA DEMOKRASI


KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Kenyataan PM 1Malaysia yang menjelaskan perhimpunan bersih di ibu kota baru-baru ini dengan alasan sekiranya dibenarkan (berhimpun) bagaimana rakyat yang lain yang bukan bersih adalah kenyataan yang keanak-anakan dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang punya hak untuk berhimpun.

Saya ingin menjelaskan adalah tidak wajar dengan menafikan hak rakyat untuk berhimpun sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Negara bila Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menggambarkan bahawa bukanlah demokrasi jika membenarkan hanya satu kumpulan sahaja berdemonstrasi, tetapi tidak memberikan kebenaran (tersebut) kepada orang lain.

Sepatutnya jika benar Najib Razak faham nilai demokrasi, peserta demonstrasi bersih perlu diberi laluan khas untuk berjalan secara aman supaya memorandum lapan tuntutan Bersih selamat sampai kepada wakil DYMM Tuanku Mizan.

Tindakan melakukan sekatan dan menabur fitnah terhadap Himpunan Aman Bersih menggambarkan kepada kita dan juga mata dunia bahawa pemerintahan BN tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana yang dilaungkannya.

Sebagai pemimpin tertinggi Malaysia, beliau perlu faham bahawa Negara ini bukan seperti Zimbabwe, dan lain-lain Negara yang sangat rendah tahap amalan demokrasinya, rakyat Negara Malaysia saya anggap telah maju dari aspek daya fikir, namun sayangnya pemikiran pemimpin Umno-BN sahaja yang masih belum-belum maju.

Realitinya kita juga amat malu apabila indeks demokrasi di Malaysia berada ditangga yang tercorot iaitu berada dibelakang Namibia dan juga Timor Leste.

Apabila kita menyebut daya fikir yang maju, tidak dinafikan rakyat Malaysia memang berdaya saing, ini terbukti kerana sehingga kini rakyat Malaysia masih mampu bertahan dalam situasi inflasi dan terus bertahan walaupun menerima tekanan dari kerajaan BN yang tergamak menggunakan dana awam (rakyat) semata-mata untuk mengaut keuntungan dari khazanah negara yang juga hak milik rakyat.

Saya ingin jelaskan kepada Najib Razak bahawa demokrasi merupakan pelajaran pertama dalam silibus KBSM tingkatan satu, saya sarankan beliau kembali ke bilik darjah untuk dalami semula apa itu demokrasi yang sebenarnya.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 27 julai 2011

Jumaat, 15 Julai 2011

RAJA ISMAIL PEMERINTAH TEMPASUK 1760-AN


Oleh: Milus Aloh

Baginda merupakan ketua pemerintah di Tempasuk sekitar tahun 1700-an yang berpusat di Matampai. Matampai merupakan pusat pemerintahan Raja Ismail yang terletak berhampiran dengan Sungai Tempasuk. Sungai ini dipilih berdasarka kedudukannya yang tidak jauh daripada Laut China Selatan. Ada beberapa sumber menyatakan bahawa Sungai Tempasuk dipilih kerana kedudukan muara sungai ini yang sukar untuk dimudiki oleh pihak musuh, di mana peranan ombak yang menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk masuk melalui sungai ini turut diberi perhatian dan hanya orang yang mahir sahaja boleh memasukinya. Hujah ini ada kekuatannya, kerana menurut beberapa orang sarjana barat seperti Owen Rutter dan James Warren, orang Iranun adalah antara etnik yang mempunyai kemahiran di laut serta mempunyai kecekapan yang tinggi. Oleh itu, kedudukan Matampai sebagai pusat pentadbiran Raja Ismail adalah amat sesuai dan bertindak sebagai benteng pertahanan yang boleh membantu Raja Ismail menghadapi musuh-musuhnya.




Pentadbiran baginda di Tempasuk adalah dibantu oleh anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak di samping beberapa pembesar beliau yang dikenali sebagai Datuk Sikiolo dan Tok Lukus. Menurut sumber keluarga ini, wilayah Tempasuk pada masa itu meliputi Kuala Sungai Tuaran dan Teluk Marudu. Hujah ini juga mempunyai kekuatan kerana semasa Pretymen dihantar ke Tempasuk sebagai residen pada tahun 1879, maka pada masa itu Tempasuk dianggap oleh barat sebagai sebuah kerajaan atau negeri.Antara peranan yang disumbangkan oleh Raja Ismail di nusantara ialah membantu Sultan Mahmud Shah menyerang Belanda di Riau Johor. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1781, di mana Sultan Mahmud Shah yang memerintah Riau Johor pada ketika itu telah menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikan permintaan baginda kepada Raja Ismail, agar Tempasuk menghantar bantuan ketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang. Baginda Sultan Mahmud Shah juga menyatakan bahawa Raja Tempasuk tersebut ada kaitan kekeluargaan dengan beliau. Maka itu, baginda Sultan Mahmud Shah tidak segan-silu untuk memohon bantuan ketenteraan daripada orang Iranun di Tempasuk untuk mengusir Belanda di Tanjung Pinang. Oleh kerana permintaan ini datang daripada Sultan Mahmud, maka Raja Ismail sendiri telah mengetuai angkatan tentera Tempasuk yang berjumlah sekitar lebih tiga puluh buah kapal dan perahu. Menurut sumber tempatan ukuran kapal mereka ini lebih kurang sembilan puluh kaki panjang yang boleh membawa enam puluh tan muatan dan boleh memuatkan seramai lebih satu ratus lima puluh orang.Perjalanan mereka ke Riau Johor tidaklah memakan masa yang lama kemahiran di laut membantu angkatan itu sampai dengan segera. Kapal dan perahu ini dilengkapi dengan peralatan senjata seperti meriam atau lebih dikenali sebagai ‘laila’, bersandarkan kekuatan dan kecekapan, maka tentera Raja Ismail pun belayar di Laut China Selatan, Perjalanan mereka ini tidak menghadapi masalah dan mereka sampai ke Riau Johor dengan selamat.Apabila Raja Ismail dan tenteranya sampai di Riau Johor, maka mereka diberi taklimat berkaitan kedudukan pihak Belanda di Tanjung Pinang. Setelah itu tentera Iranun pun bersiap sedia menyerang kedudukan Belanda di Tanjung Pinang, dan dalam serangan ini orang Iranun telah berjaya mengalahkan Belanda dan ramai tentera Belanda yang terkorban dan dalam serangan tersebut difahamkan Raja Ismail juga turut terkorban kerana semasa majlis meraikan kemenangan itu Raja Ismail tidak lagi disebut sebagai ketua yang diraikan, tetapi yang disebut hanya anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda.




Angkatan ini telah diberi persalinan oleh Sultan Mahmud sebagai menghargai bantuan Tempasuk terhadap baginda dan peristiwa ini dinyatakan berlaku pada 1215 hijrah.Selepas itu, Raja Tebuk dan Raja Alam memohon untuk kembali ke Tempasuk, manakala Raja Muda Umak, Datuk Sikolo dan Tok Lukus menetap di Riau Johor untuk memperhambakan diri kepada baginda Sultan Mahmud. Menurut sumber keluarga Raja Tebuk, Raja Alam tidak kembali ke Tempasuk tetapi beliau telah mengembara di kepulauan Nusantara. Faktor ini disebabkan Raja Ismail telah tiada dan pewaris seterusnya terhadap pentadbiran di Tempasuk diserahkan kepada Raja Tebuk. Maka Raja Tebuk pun memerintah Tempasuk dengan memakai gelaran sebagai Sultan Satebuk.Selain itu, pentadbiran Raja Ismail di Tempasuk juga ada kaitannya dengan kegiatan merompak kapal-kapal dagang barat yang memasuki perairan Nusantara. Kedudukan Kuala Tempasuk yang sukar dimudiki merupakan strategi Raja Ismail untuk mengelak serangan balas daripada pihak musuh. Serangan Datu Tating ke atas Pulau Balambangan pada 5 Mac 1775 telah melibatkan pengikut Raja Ismail, di mana seramai 300 orang etnik Suluk dan Iranun telah menyerang pulau tersebut dan persefahaman antara dua etnik ini telah menggugat kedudukan Syarikat India Timur Inggeris (EEIC) yang cuba menjadikan Pulau Balambangan sebagai pusat perniagaan penting seperti Singapura (1819), Pulau Pinang (1786) dan Melaka (1824) (Baszley Bee, 2004:51). Semasa serangan ini pihak EEIC yang mempunyai kekuatan tentera seramai 100 orang dan dua buah kapal iaitu Endavor dan Pheonix telah mengalami kekalahan teruk dan banyak kemusnahan yang berlaku (Baszley Bee, 2004: 55). Akibatnya pulau Balambangan telah ditinggalkan oleh pihak EEIC kerana kedudukannya yang tidak selamat dan berada di wilayah yang mana masyarakatnya sangat kuat menentang Barat. Menurut Datu Tumai, orang Iranun merupakan salah satu etnik di Nusantara yang amat aktif menentang imperialism Barat. Manakala di Tungku orang Iranun juga turut melakukan penentangan, di mana penentangan ini diketuai oleh Raja Laut yang menyerang kapal-kapal Sepanyol dengan kekuatan tentera sekitar 1000 orang (Warren, 2002:160).Keterlibatan Raja Ismail serta orang Iranun Tempasuk ketika serangan Pulau Balambangan diperkuatkan melalui pertemuan antara pelayar-pelayar Iranun dan Suluk di Tanjung Simpang Mengayau. Menurut Pinjaman Hasin, para pengembara atau pelayar Iranun dan Suluk akan bertemu di Tanjung Simpang Mengayau untuk merancang strategi bagi menyerang kapal-kapal barat yang memasuki perairan Nusantara.





Sumber-sumber sedia ada seperti yang dijelaskan oleh Owen Rutter, James Warren dan bebarapa penulis barat amat berkait dengan sumber tempatan.Menurut beberapa catatan bahawa Raja Satebuk juga turut terlibat merancang menyerang kedudukan Francis Light di Pulau Pinang yang dibuka 1786. Selepas peristiwa Riau Johor 1781, di mana kerajaan Kedah pada masa itu berada di bawah pentadbiran Sultan Abdullah telah mendapat maklumat berkaitan serangan orang Iranun ke atas Belanda di Raiu Johor, yang mana Belanda dapat ditewaskan oleh orang Iranun, maka baginda menawarkan kepada orang Iranun untuk menyerang Francis Light di Pulau Pinang bagi menggagalkan hasrat barat menguasai Pulau Pinang untuk dijadikan sebagai pusat perniagaan penting. Kerajaan Kedah sanggup membayar $20,000.00 kepada etnik Iranun. Tawaran ini telah diterima oleh Raja Satebuk dan mereka berkampung di Sungai Perak bagi menunggu arahan sultan (Warren: 2002:61). Namun serangan ini tidak diteruskan dan orang Iranun kembali ke Tempasuk. Orang Iranun mengawal perairan Utara Borneo (Leigh Wright:1981:7), di mana Tempasuk merupakan pusat kegiatan utama mereka. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh peranan politik di sekitar nusantara terutama ancaman barat terhadap kuasa-kuasa tradisional yang sedia ada.Peranan Raja Satebuk terhadap pentadbiran Tempasuk telah berjaya mengekalkan penguasaan mereka di laut sehingga gelaran lanun atau perompak laut menjadi sinonim dengan orang Iranun. Beberapa tindakan Raja satebuk dilihat sebagai mengancam kedudukan kuasa-kuasa barat, antaranya serangan Raja Satebuk terhadap Ambong pada 1880an. Akibat tindakan tersebut Raja Brooke yang menguasai Sarawak pada masa itu telah menghantar pegawainya untuk menyiasat serangan tersebut (Ivor Evan: 1922:261).Apa yang jelas Kuasa Tempatan Iranun di Tempasuk telah banyak menyumbang kepada kegiatan menentang kuasa barat yang menjajah negeri-negeri Melayu di nusantara.






Walaupun ada sesetengah dakwaan ahli sejarah barat, bahawa etnik Iranun adaalah golongan perompak laut atau ‘Lanun’ yang terlibat dalam perdagangan manusia iaitu hamba. Namun usaha etnik ini mengekang imperialisme barat amat mendapat perhatian kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British. Kuasa-kuasa barat ini telah menghadapi tentangan sengit daripada etnik Iranun terutama ketika berlaku pertembungan di laut. Kesan terhadap penentangan ini, pihak barat telah mengalami kerugian serta korban besar. Pihak barat juga terpaksa melipatgandakan kekuatan pertahanannya untuk berhadapan dengan etnik Iranun terutama di lautan. Akibatnya juga etnik Iranun terus menjadi buruan dan ada yang menukar identiti mereka untuk tujuan keselamatan.