Selasa, 21 September 2010

PERTIKAI KEPUTUSAN DATUK HAJI MUSBAH JAMLI


Semalam ketika saya mengikuti rombongan pakcik Halim menghadiri kenduri kesyukuran di Kg.Liang, Kota Belud saya terdengar beberapa orang kampung berkenaan yang membicarakan tentang tindak-tanduk Adun Tempasuk, Datuk haji Musbah Jamli yang dikatakan oleh mereka tidak mahu melantik pengganti PKR (pegawai kemajuan rakyat) Tempasuk yang dilepaskan oleh En. Baghdad Turogan beberapa bulan yang lalu.

Walaupun mereka menyifatkan tindakan YB Datuk Musbah ini sebagai meminggirkan pemimpin masyarakat Iranun kerana kebetulan En. Baghdad adalah orang Iranun yang tinggal di Kg. Kota peladok..orang-orang kg. ini juga tidak berpuas hati kerana suara masyarakat tidak dapat didengar oleh YB ini ekoran perletakkan jawatan oleh En. Baghdad Turogan ini. Ada juga yang menyatakan bahawa sebagai kontraktor En. baghdad banyak memperolehi habuan berupa projek di kawasan Tempasuk. Sebab itulah diminta melepaskan jawatan berkenaan.

datuk Musbah, diminta melantik orang yang sepatutnya berkelayakan dari suku Iranun menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh En. Baghdad itu secepat mungkin sebelum sokongan masyarakat Iranun kepada beliau bertambah goyah. Ini kerana walaupun Datuk Musbah telah memberikan kesempatan kepada projek jelapang padi di kg Pintasan dan Tawadakan tetapi tidak semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat iranun akan dapat didengar kalau tidak ada wakil dalam pejabat Dun Tempasuk.

Pada Piliharaya yang lepas Datuk Musbah telah mengalami kekalahan dalam peti undi kg-kg Iranun. di kg peladok beliau hanya menang undi beberapa belas sahaja. Oleh itu masyarakat kg mengharapkan tumpuan lebih diberikan oleh Datuk Musbah untuk menarik undi yang banyak pada pilihanraya akan datang.

Isnin, 28 Jun 2010

SIAPA PENGENDALI NUJUM PAK BELALANG?

Walaupun saya lama sudah tidak menulis tapi kelmarin bila saya membuka kembali blog ini, saya tertarik kepada satu blog nujum pak belalang kerana pengendali blog ini sangat'cinta' dan 'sayang' kepada ADUN Temapsuk, Datuk haji Musbah Jamli. Asyik-asyik ceritanya ialah kebaikan Datuk itu, seolah-olah Datuk Musbah itu maksum dan sangat berjasa kepada penduduk kota belud. sedangkan hanya kali ini Datuk itu membawa projek jelapang padi..dulu ketika mula-mula jadi wakil rakyat sama saja dengan yang lain.

Siapakah Nujum Pak Belalng ini ?

Selasa, 16 Mac 2010

Blogger Kota Belud paling Aktif..


1. Kibin Hj. Samad mempunyai beberapa blog :

A) SENJALIZA
B) PUTERI SENJA
C) KUDA BERHIAS
D) SABAHKITA
E) 1MERDEKA
F) SEMBIRAIKU
G) PIPIT PEKEPA
H) BAEI SAMALABANG



2. Musram Hj Rakunman mempunyai blog:

A) APA YANG TERSIRAT
B) AWAL DAN AKHIR
C) ONE KOTA BELUD
D) DAYANG WULAN
E) PIPIT PEKEPA


Mereka ini adalah blogger kota belud yang paling aktif. Tahniah

Sabtu, 20 Februari 2010

PRM AKAN REBAH



Sudah jadi lumrah alam, tiada yang kekal berpanjangan. Yang lama akan diganti oleh yang baru, yang tua akan diganti yang muda, yang teguh akan menjadi binasa. Manakala yang telah musnah tentu sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Dalam politik pembangkang di Malaysia, sejarah yang paling besar boleh dicatatkan ialah dengan kewujdan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang didominasi oleh parti serpihan UMNO, Semangat 46. Kononnya ketika menubuhkan UMNO, terdapat 46 perkara yang ditafsirkan sebagai "semangat" yang gagal diperjuangkan oleh UMNO pada waktu itu. Pakatan pembangkang ini nyata gagal merampas Persekutuan untuk mentadbir negara. Akhirnya APU terkubur dan semangat 46 dibubarkan. Tengku Razaliegh kembali kepangkuan Umno.

Apabila Datuk seri Anwar Ibrahim dipecat dari parti dan Kerajaan, rakyat disajikan dengan satu wadah perjuangan politik pembangkang di negara ini. PKR dikatakan mendapat perhatian bertali arus dari golongan muda yang berdarah panas. Di mana-mana dilaungkan "Reformasi" pada watu itu. Selepas DSAI dibebaska dari penjaran, PKR nampak lebih tersusun prinsip perjuangannya. Mungkin kerana kredibiliti DSAI sendiri yang nampak mahir memakai 'topeng' dan berkebolahan melakonkan pelbagai watak dan perwatakan.Akhirnya 'skill' ini telah membawa satu perealisasian prinsip perjuangan kepembangkangan di negara ini apabila tertubuhnya satu pakatan pembangkang ,PAKATAN RAKYAT. Kecurangan prinsip perjuangan cuba didekatkan antara 3 buah parti iaitu PKR, DAP dan PAS. meskipun sayugia dikatakan bahawa ketiag-tiga parti siasah ini mempunyai ideologi dan prinsip berbeza, namun PAKATAN RAKYAT berjaya mengurangkan majoriti wakil UBN di Parlimen. 5 buah negeri menjadi milik PR mengikut lunas-lunas demokrasi, sebelum Kerajaan PR di Perak digulingkan dalam suasana yang penuh tragik.

Suasana perbalahan antara 3 buah parti ini cuba disembunyikan di padang yang terbentang luas. Media mengibaratkan kemelut PR ibarat 'bangkai gajah" yang tidak boleh ditutup lagi. PKR bukan sahaja menghadapi kemelut dalaman yang parah sehingga membawa beberapa pemimpinnya yang suatu ketika dulu memperjuangkan "reformasi' tetapi juga turut dilanda krisis kepimpinan di peringkat negeri. Di Sabah, Datuk Ansari dan Dr. Jeffery serta beberapa orang lagi dilanda arus ketiadkpuasan hati..khabarnya terhadap pimpinan pusat. PKR di Sabah benar-benar menuju kehancuran.

PAS juga dalamannya begitu berombak. Isu kerajaan perpaduan yang menjadi perbalahan senyap buat pemimpin PAS membawa kepada penyisihan beberapa pemimpin kanan dalam PRU Manik Urai..sehingga membawa kepada pelbagai spekulasi. Tidak cukup dengan itu PAS menerima tamparan dalaman apabila ada gesaan dari TGNA supaya beberapa orang pemimpin dalam parti itu ditolak kerana dikatakan terlibat dalam merealisasikan hasrat mewujudkan 'kerajaan perpaduan'. Akhirnya media melaporkan bagaimana kerajaan Kelantan sendiri begitu bergolak dengan kes dan skandal "menantu TGNA" sendiri. Sehingga membawa kepada perletakkan jawatan menantunya dalam Perbadanan Kemajuan kelantan. Kerajaan PAS dikedah juga suatu ketika menghadapi dilema dengan DAP bila isu merobohkan kandang Babi menjadi panas dan berapi.

Isu kerajaan PKR di selangor, begitu ,mendapat perhatian kerana, sebagai sebuah negeri yang kaya, MB nya juga diundang masalah peribadi apabila dilaporkan memiliki hutang berjuta ringgit. Pengedarn gambar boggel exconya juga mencalitkan lumpur pada kerajaan Negeri. DAP di Pulau Pinang pula terus dilanda kontravesi termasuk isu kampung Pala, isu kontrak pasir dan penukaran status tanah.

Kesemua insiden ini, membenarkan bahawa PAKATAN RAKYAT sukar menyatukan pendirian dan pegangan politik mereka. Ada yang meramalkan bahawa jika PAKATAN RAKYAT berjaya ditubuhkan sebagai satu parti,maka ia tidak akan mampu bertahan lama dan akan menuju kehancuran apabila mendapat mandat memerintah negera ini. PR hanya boleh bertolak ansur dalam meletakkan calon pada PRU-13 akan datang, itupun di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak,keadaannya tidak begitu. Apakah PR sudah ada tanda-tanda untuk Binasa?

Khamis, 18 Februari 2010

KALAKAU UNTOL KELUAR BN


Dari Malaysia Kini

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di Tamparuli.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihanraya umum ke-13.

Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin-pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan nampaknya tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para wakil rakyat dari Sabah dan pihak kerajaan negeri Sabah sendiri.

“Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama yang diadakan tahun lalu, di mana mereka bersetuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak, seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.

“Perkara dan agenda ini hanya akan dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin (Pati), perkara ini yang telah berlarutan sekian lama tidak akan dapat diatasi oleh pemerintahan kerajaan BN,” tambah beliau.

“Pakatan Rakyat pada konvensyen tersebut mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri,” tambah beliau

Menjawab satu soalan, Kalakau bagaimanapun berkata beliau belum menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Kalakau, yang juga merupakan presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda), juga pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Dis 2005.

Rabu, 20 Januari 2010

SEMOGA PAK AMIN SEMBUH


Seorang pejuang yang kental, seorang yang tangkas pencak silat politiknya, seorang yang digeruni oleh kawan dan lawan, seorang yang petah berkata-kata dan mempunyai wawasan yang tinggi, seorang yang berani menegakkan kebenaran, seorang yang tegas dan tidak berpura-pura dalam politik, seorang yang cintakan bangsa , seorang yang mendapat pengiktirafan di peringkat nasional sebagai ahli politik yang matang dan mampu mengawal perasaan dan tindakan.

Begitu antara lain gambaran kepada Pak Amin atau nama sebenarnya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Ikhlas dari..

Watababai dan masyarakat Iranun di Rampayan.