Selasa, 6 Oktober 2009

DATUK MUSBAH : JANJI TAK TERTUNAI


Dua hari yang lepas ketika saya menghadiri kenduri keluarga di Rampayan atas kesyukuran tersenarai sebagai Jemaah Haji tahun ini, saya cuba-cuba dengar perbualan orang-orang kampung ini..di samping menyelami kebenaran cerita -cerita ini.

Dalam perbualan itu saya agak terkejut seketika..kerana nama Datuk Musbah disebut, rasa saya macam cerita politik tetapi rupa-rupanya bukan, tetapi cerita mengenai 'peluang' untuk terpilih sebagai jemaah haji tahun ini.

Menurut cerita yang saya dengar ini, beberapa orang dari kampung tertentu dalam DUN TEMPASUK, telah menemui dan menghubungi Datuk Musbah untuk memohon pertolongan, menggunakan "Kouta" dan pengaruhnya untuk memudahkan orang-orang kampung ini tersenarai sebagai bakal jemaah haji bagi daerah Kota Belud, yang Insyallah bakal berlepas pada November- Disember hujung tahun ini. Dalam pertemuan itu saya juga difahamkan bahawa Datuk Musbah telah berjanjikan menolong tetapi setelah diumumkan senarai Jemaah haji , orang-orang kampung ini yang terdiri antara 5-10 orang 'gagal' mendapat tempat.

Apa yang mendukacitakan orang-orang ini. datuk Musbah dikatakan tidak menghubungi mereka untuk memaklumkan keadaan ini, biarpun mereka telah cuba menemui wakil rakyat ini tetapi 'gagal'. Untuk memujuk hati, orang kampung yang berusia antara 55-70 tahun ini, hanya menyatakan 'belum seru'lagi barangkali.

Dalam cerita ini juga saya dengar,ada juga bakal jemaah haji dati Kota belud yang pada awalnya tidak tersenarai tetapi berjaya menggunakan kouta Tan Sri Pandikar dan berjaya mendapat tempat. Dengan kecewa, rombongan yang menemui Datuk Musbah ini, akhirnya menyerahkan kepada Allah SWT akan nasib mereka itu dan berharap moga tahun depan mereka pula akan tersenarai..kata mereka " tak Usahlah jumpa Datuk Musbah, kerana janjinya tak tertunai"..

5 ulasan:

  1. salam watababai..

    sedih dan kecewa sy mendengar wakil rakyat tak tunaikan janji..jemaah ini untuk menunaikan haji bukan minta projek..itu pun tidak dapat tolong dengan adanya kouta..cuba bygkan klu mereka2 ini mnta projek..confirm tidak di layan malah wakil rakyat ini hanya memberi alasan yang tidak masuk akal..

    ini kah wakil rakyat yang berwibawa untuk menolong rakyat sdg kan naik haji pun ssh nk tolong apa kan lagi hal hal lain..tggu pilihan raya seterus nya, wakil ini tda undi untuk nya!!

    BalasPadam
  2. Salam ziaraj sdr watababai..

    Benarkah apa yang dipaparkan oleh sdr ini..benarkah ada kouta utk wakil rakyat?

    BalasPadam
  3. Salam Watababai...

    Ya...betulkah ada kuota wkil rakyat untuk orang kampung naik haji? guna pengaruh YB dengan belanja sendiri atau tambah sikit2? atau pun Yb sponsor?...kalo ada saya pun mahu rebut kuota..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Semoga sdr dirahmati Allah.Secara ringkas saya nyatakan,setiap wakil rakyat tidak ada kuota khas seperti yang dipaparkan dalam blog ini. Tetapi saya boleh menyokong penuh secara bertulis dan mohon pertimbangan kepada Lembaga Tabung Haji bagi maksud itu tapi itupun tertakluk kepada kekosongan jika ada orang yang mengundur diri.Situasi seperti ini kita harus faham memandangkan jumlah jemaah yang terlalu ramai.

    Saya berharap dapat menjawab persoalan tersebut.Tolonglah perbetulkan maklumat ini,jangan sampai masyarakat terkeliru.Setiap masalah boleh diselesaikan.Untuk makluman lebih lanjut,bolehlah menghubungi Lembaga Tabung Haji terdekat(Kota Belud,misalnya)berhubung perkara ini ataupun menghubungi saya.

    Bagi yang berminat,daftarlah awal-awal untuk memudahkan LTH menyusun jadual jemaah dpt menunaikan fardhu haji.Bagi yang mendaftar tahun ini,sdr akan tahu terus tahun bilakah masanya untuk dapat menunaikan haji.

    Watababai,
    Tidak apa,ini merupakan kekeliruan sahaja.Faktanya seperti yang saya nyatakan tadi.Salam buat semua keluarga dan rakan-rakan.Wassalam.

    BalasPadam
  5. Alhamdullilah...

    YB. Datuk telah pun jelakan! Harap-harap tidak ada lagi yang terkeliru..

    Bab-bab mengerjakan Haji adalah ibadah. Terdapat dalam rukun. Kita berusaha atas nama Allah S.W.T. Jangan lah hanya kerana belum sampai seru..kita menyalahkan pihak lain...janganlah kita politikkan!

    Tdk payahlah kaitkan soal pengaruh YB, kuota Yb ka, atau sokongan Yb..

    Insyallah..kitalah yang meletakkan ibadat kita di hadapan Allah.. Biarlah Allah S.W.T pula yang menentukannyat!

    Wassalam..

    BalasPadam