Selasa, 26 Julai 2011

NAJIB BUTA DEMOKRASI


KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Kenyataan PM 1Malaysia yang menjelaskan perhimpunan bersih di ibu kota baru-baru ini dengan alasan sekiranya dibenarkan (berhimpun) bagaimana rakyat yang lain yang bukan bersih adalah kenyataan yang keanak-anakan dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang punya hak untuk berhimpun.

Saya ingin menjelaskan adalah tidak wajar dengan menafikan hak rakyat untuk berhimpun sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Negara bila Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menggambarkan bahawa bukanlah demokrasi jika membenarkan hanya satu kumpulan sahaja berdemonstrasi, tetapi tidak memberikan kebenaran (tersebut) kepada orang lain.

Sepatutnya jika benar Najib Razak faham nilai demokrasi, peserta demonstrasi bersih perlu diberi laluan khas untuk berjalan secara aman supaya memorandum lapan tuntutan Bersih selamat sampai kepada wakil DYMM Tuanku Mizan.

Tindakan melakukan sekatan dan menabur fitnah terhadap Himpunan Aman Bersih menggambarkan kepada kita dan juga mata dunia bahawa pemerintahan BN tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana yang dilaungkannya.

Sebagai pemimpin tertinggi Malaysia, beliau perlu faham bahawa Negara ini bukan seperti Zimbabwe, dan lain-lain Negara yang sangat rendah tahap amalan demokrasinya, rakyat Negara Malaysia saya anggap telah maju dari aspek daya fikir, namun sayangnya pemikiran pemimpin Umno-BN sahaja yang masih belum-belum maju.

Realitinya kita juga amat malu apabila indeks demokrasi di Malaysia berada ditangga yang tercorot iaitu berada dibelakang Namibia dan juga Timor Leste.

Apabila kita menyebut daya fikir yang maju, tidak dinafikan rakyat Malaysia memang berdaya saing, ini terbukti kerana sehingga kini rakyat Malaysia masih mampu bertahan dalam situasi inflasi dan terus bertahan walaupun menerima tekanan dari kerajaan BN yang tergamak menggunakan dana awam (rakyat) semata-mata untuk mengaut keuntungan dari khazanah negara yang juga hak milik rakyat.

Saya ingin jelaskan kepada Najib Razak bahawa demokrasi merupakan pelajaran pertama dalam silibus KBSM tingkatan satu, saya sarankan beliau kembali ke bilik darjah untuk dalami semula apa itu demokrasi yang sebenarnya.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 27 julai 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan