Khamis, 22 Oktober 2009

DATUK SHAFIE SALAH GUNA KUASA : PKR


Pengarah Strategik Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengemukakan bukti tambahan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal dalam pemberian projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.

Beliau dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam menjawab kembali penafian yang dibuat Shafie semalam mengenai salahguna kuasa itu.

"Saya memang ada bukti mengenai perkara ini.Sebab itu saya buat sidang media semalam. Hari ini saya nak 'follow up' dengan bukti tambahan."katanya.

Kelmarin Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu mendedahkan wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek BELB di Sabah dan Sarawak.

Shafie didakwa sebagai menteri yang bertanggungjawab telah menggunakan kroni-kroninya sebagai `broker' untuk menganugerahkan projek BELB kepada kontraktor yang sudi memberi komisyen kepada beliau.

Kenyataan akhbar yang mempunyai 12 helai muka surat diserahkan beliau kepada media ketika persidangan dewan rakyat berlangsung.

Menurutnya kelmarin, BELB merupakan salah satu dasar pembangunan dalam KLBW dan juga dasar utama Kerajaan Pusat tetapi projek�projek di bawah BELB menjadi punca sumber kewangan kepada individu dan kroni-kroninya.

Semalam pula, Tian Chua mendedahkan bukti mengenai dua lagi syarikat yang diberikan kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta oleh BELB melalui rundingan terus, bukan melalui tender.

Menurutnya, dua syarikat berkenaan iaitu Magnate Innovation Sdn Bhd dan Ternama Tabah Sdn Bhd tidak memenuhi kriteria sebagai syarikat kontraktor kerana tidak berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga serta tiada sijil pengiktirafan taraf bumiputera.

Magnate Innovation Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari lalu dengan modal hanya RM2. Manakala Ternama Tabah Sdn Bhd bermodalkan RM100.

"Kita ingin tahu bagaimana syarikat yang begini tarafnya boleh diberi kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta. Ini bermaksud syarikat ini diwujudkan hanya untuk menerima kontrak dan tiada rekod perkhidmatan sebelum ini."katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Shafie memberikan penjelasan mengenai perkara itu sebelum ia dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kalau beliau (Shafie) enggan memberikan penjelasan, kita tiada pilihan lain selain bawa perkara ini kepada SPRM."katanya.

Kelmarin, Shafie yang juga ahli parlimen Samporna menafikan dakwaan Tian Chua itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan semata-mata.

Beliau turut memberi amaran akan megambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu. _

Jumaat, 16 Oktober 2009

Perubahan perlu lalui 'tempoh sakit'


Timbalan presiden Umno menggesa anggota parti itu supaya menghadapi tempoh 'sakit' yang perlu ditahan sebelum perubahan dapat dirasai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses perubahan yang sering disebut oleh tokoh-tokoh dunia juga memakan masa dan perubahan itu perlu melalui 'tempoh sakit'.

"Kerana apa yang dikehendaki orang Melayu, khususnya yang dapat dilihat pada keputusan pilihanraya dulu, kita sedar di hadapan kita ada perkara amat kritikal," katanya ketika menggulung perbahasan di perhimpinan agung parti itu petang ini.

Katanya lagi, beliau dapat memerhatikan ramai perwakilan yang telah menyatakan kesanggupan dan kesediaan untuk berubah dan ini harus dilakukan dengan pantas.

"Kita sedar kalau kita tidak buat (dengan) pantas, masa tidak menyebelahi kita, dan kita tidak akan dilihat sudah mula berubah," katanya.

Katanya lagi, ucapan dasar oleh presiden telah menyuntik semangat baru di kalangan perwakilan yang hadir.

"Ini beri dorongan yang kuat untuk bekerja keras untuk pikul amanah yang lebih besar bagi pastikan kelangsungan umno dan teras di tanah air," katanya lagi.

Ubah kelakuan

Tambahnya, beliau akan bertemu pemimpin parti itu di semua peringkat untuk melihat komitmen yang telah dijalankan oleh di setiap negeri.

Jelasnya lagi, kejayaan yang diraih calon BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang hujung minggu lalu juga menunjukkan kesan bahawa sokongan ke atas parti itu telah meningkat..

"Ada kawasan peti undi yang dulunya hitam legam (penyokong pembangkang) dan kawasan ladang yang hitam legam menjadi putih melepak (penyokong BN), semuanya kita menang," katanya.

Katanya lagi, usaha-usaha untuk perubahan di kalangan Umno tidak akan berjaya sekiranya anggota-anggota parti itu masih berbalah sesama sendiri.

"Perubahan tidak akan berlaku kalau kita berbalah, kalau ada masih di kalangan kita puak-puak, team-team, dan usaha-usaha yang tidak membantu perpaduan.

"Tapi bersediakah kita untuk tinggalkan feel (kelakuan) yang buruk-buruk ini. Fe'el lama yang mengongkong kita inilah yang menghalang kita berubah," tambahnya.

Katanya lagi, kerja-kerja parti perlu ditumpukan untuk mengenalpasti titik-titik sentuhan dalam masyarakat untuk mengenalpasti kesan tindakan parti itu ke atas masyarakat.

"(Perlu tahu) apakah kesan yang dirasakan masyarakat. Mungkin (ianya perkara) kecil tapi ada kesan besar kepada masyarakat," tambahnya.

Dalam ucapan itu, Muhyiddin juga berkata Umno telah bersetuju untuk memberikan peruntukan (kepada bahagian-bahagian) bagi mengadakan aktiviti-aktiviti parti, mengikut program-program yang dirancangkan. (malaysiakini)

Ahad, 11 Oktober 2009

UBN MENANG DI BAGAN PINANG


Seperti yang diramalkan banyak pihak UMNO tidak akan menghadapi masalah besar untuk mengekalkan dan mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang, sekalipun meletakkan Tan Sri Isa Samad yang mendapat cemuhan dari PAS ekoran daripada kes politik Wang yang disabitkan keatas mantan Menteri Besar / Ketua Menteri negeri sembilan itu. Tan Sri Isa Samad mengalahkan calon PAS dalam PRK kali ini. Seperti yang dilaporkan oleh Bernama:


BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. - Bernama

Khamis, 8 Oktober 2009

PKR SABAH MULA BERSUARA


PKR Sabah nampaknya berdepan dengan masalah apabila sekumpulan ketua bahagian telah menyuarakan rasa tidak yakin mereka terhadap kepimpinan naib presiden Azmin Ali yang dilantik mengetuai PKR negeri itu baru-baru ini.

Seramai 16 ketua bahagian PKR mengadakan mesyuarat tidak rasmi malam tadi di lokasi yang tidak didedahkan di Kota Kinabalu berhubung isu tersebut.

Perjumpaan selama satu jam itu dipengerusikan oleh ketua bahagian Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin.

Jalumin tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen tetapi ia disahkan bahawa hasil pertemuan tersebut, telah disampaikan kepada pucuk pimpinan parti itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dua puluh tiga daripada 25 ketua bahagian, tidak termasuk Sepanggar dan Sandakan yang telah digantung, dan Azmin, dilaporkan dijemput menghadiri pertemuan itu melalui SMS.

Difahamkan tujuh bahagian yang tidak diwakili ialah Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran.

Tawau tidak menghadiri mesyuarat tidak rasmi itu kerana mahu kekal berkecuali, kata seorang sumber parti. Seorang daripada tiga timbalan pengerusi PKR negeri, Kong Hong Ming, mengetuai bahagian tersebut.

Azmin, sepertimana yang disahkan oleh dua ketua bahagian secara berasingan, tidak hadir.

Sebaliknya, Azmin berpesan bahawa beliau bersetuju ketua bahagian Kalabakan, Hamzah Amir mengambil alih jawatan ketua PKR Sabah dan mengesahkan bahawa beliau akan menyampaikan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

Hamzah, seorang Bajau, adalah bekas yang dipertua Majlis Perbandaran Tawau.

(Sumber: Malaysiakini)

Selasa, 6 Oktober 2009

DATUK MUSBAH : JANJI TAK TERTUNAI


Dua hari yang lepas ketika saya menghadiri kenduri keluarga di Rampayan atas kesyukuran tersenarai sebagai Jemaah Haji tahun ini, saya cuba-cuba dengar perbualan orang-orang kampung ini..di samping menyelami kebenaran cerita -cerita ini.

Dalam perbualan itu saya agak terkejut seketika..kerana nama Datuk Musbah disebut, rasa saya macam cerita politik tetapi rupa-rupanya bukan, tetapi cerita mengenai 'peluang' untuk terpilih sebagai jemaah haji tahun ini.

Menurut cerita yang saya dengar ini, beberapa orang dari kampung tertentu dalam DUN TEMPASUK, telah menemui dan menghubungi Datuk Musbah untuk memohon pertolongan, menggunakan "Kouta" dan pengaruhnya untuk memudahkan orang-orang kampung ini tersenarai sebagai bakal jemaah haji bagi daerah Kota Belud, yang Insyallah bakal berlepas pada November- Disember hujung tahun ini. Dalam pertemuan itu saya juga difahamkan bahawa Datuk Musbah telah berjanjikan menolong tetapi setelah diumumkan senarai Jemaah haji , orang-orang kampung ini yang terdiri antara 5-10 orang 'gagal' mendapat tempat.

Apa yang mendukacitakan orang-orang ini. datuk Musbah dikatakan tidak menghubungi mereka untuk memaklumkan keadaan ini, biarpun mereka telah cuba menemui wakil rakyat ini tetapi 'gagal'. Untuk memujuk hati, orang kampung yang berusia antara 55-70 tahun ini, hanya menyatakan 'belum seru'lagi barangkali.

Dalam cerita ini juga saya dengar,ada juga bakal jemaah haji dati Kota belud yang pada awalnya tidak tersenarai tetapi berjaya menggunakan kouta Tan Sri Pandikar dan berjaya mendapat tempat. Dengan kecewa, rombongan yang menemui Datuk Musbah ini, akhirnya menyerahkan kepada Allah SWT akan nasib mereka itu dan berharap moga tahun depan mereka pula akan tersenarai..kata mereka " tak Usahlah jumpa Datuk Musbah, kerana janjinya tak tertunai"..

Sabtu, 3 Oktober 2009

KOTA BELUD : TIADA PAPAN TANDA TULISAN JAWI


Apabila membaca blog Datuk Musbah wakil rakyat Tempasuk, mengenai papan tanda tulisan Jawi di Kota Belud..saya menjadi pemerhati yang peka setiap kali turun ke pekan Kota Bleud dari Rampayan. Meninjau sekali-sekala kalau-kalau ada papan tanda tulisan Jawi seperti yang disebutkan oleh datuk Musbah. Kata YB itu, program ini sudah dirancang sekitar tahun 2008 lagi..Sudah setahun tapi masih belum nampak realiti perancangan itu.

Setakat kelmarin apa yang saya nampak bergantung ialah banner Ucapan Hari Raya Aidilfitri para pemimpin dan pertubuhan di Kota Belud. Dan apa yang mengejutkan saya Banner Datuk Musbah yang besar terpampang gambarnya bersebelahan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman,langsung tidak ada tulisan Jawi..sedangkan YB ini begitu beriya-iya 'mengjawikan" papan tanda di pekan Kota Belud. Jika nak buat, harus bermula pada diri sendiri sebagai pemimpin.

Cadangan ini pada asasnay baik dan perlu dilaksanakan, mungkin dengan bantuan dewan Bahasa Pustaka. Datuk Musbah kena mengadakan perbincangan dengan badan bahasa ini terlebih dahulu. Di negara Jiran Brunei darussalam..papan tanda jawi ini sudah lama dilaksanakan. Di Sabah mungkin masih baru tetapi harus dimulakan sebagai mengangkat kembali tulisan jawi yang mula dilupakan oleh generasi muda sekarang.

Selian daripada itu, di sekitar Pekan kota belud juga tidak terdapat papan tanda yang menjadi rujukan dan peringatan kepada masyarakat. misalnya, KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN dan lain-lain lagi. majlis daerah perlu memikirkan keadaan ini. Semoga Kota Belud menjadi daerah contoh di Sabah.