Selasa, 5 Julai 2011

Ceramah Presiden PAS di Kota Belud mendapat sambutan


Kota Belud, 4hb: Sambutan penduduk Kota Belud terhadap kehadiran Dato Seri Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang diluar jangkaan apabila dewan lokasi ceramah ajuran PAS Kota Belud penuh dengan tetamu yang hadir. Turut sama pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Saudara Aminuddin Aling, YDP PAS Kota Belud Ustaz Mustaqim Aling, ahli Parlimen DAP Dr Hiew King Cheu, Setiausaha PKR Negeri Sabah dan juga Ketua Cabang PKR Kota Belud, Saudara Saidil Simoi.

Menurut Ust Mustaqim di dalam ucapannya, beliau menyatakan terdapat pihak tertentu yang tidak membenarkan bendera PAS dinaikkan diluar dewan. Ini merupakan sistem demokrasi yang songsang apabila pemimpin UMNO hadir, bendera UMNO boleh dinaikkan, namun apabila ada pemimpin PAS yang hadir sebaliknya pula.

Pada majlis tersebut juga, Pengerusi NGO ANAK, Mazlan Aliman telah melancarkan ‘Borang Tanah Felda Plantation’. Menurut beliau, agenda Buku Jingga yang akan mengembalikan Felda Plantation kepada rakyat akan dilaksanakan apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Menurut beliau lagi, di Sabah sahaja terdapat 100 ribu ekar tanah Felda Plantation yang boleh dinikmati oleh rakyat Sabah yang berkelayakan. Apa yang penting, kerajaan Barisan Nasional mesti ditumbangkan pada PRU ke13 nanti sekiranya ingin melihat agenda ini dapat dilaksanakan, menurut beliau.

Kemuncak ceramah tersebut ialah pada sesi ucapan Presiden PAS, dimana DS Tn.Guru Hj.Abd Hadi Awang telah menerangkan sejelasnya tentang konsep ‘Ke Arah Negara Berkebajikan’. Konsep ini, bukan sahaja menumpukan kepada kehidupan rakyat yang sejahtera, namun juga merujuk kepada kepimpinan negara yang adil, amanah dan bersih. Namun apa yang berlaku sekarang, kekayaan negara telah diagihkan kepada ahli keluarga pemimpin dan kroni-kroni terdekat. Inilah yang menyebabkan rakyat terus hidup di dalam kesengsaraan dan kemiskinan. Mengenai perhimpunan BERSIH yang akan diadakan, PAS komited bahawa perhimpunan tersebut aman dan tidak akan menimbulkan sebarang kekacawan. Sebaliknya UMNO melalui PERKASA yang mengugut ingin menumpahkan darah dan menimbulkan huru-hara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan