Rabu, 30 September 2009

PAKCIK PINJAMAN HASSIN PEJUANG SEBENAR IRANUN


membaca catatan abang Naddin dalam blog nya ,mengenai pakcik Pinjaman, benar-benar menyentuh kalbu saya. Kerana saya boleh dikatakan membesar dengan cerita perjuangan Pakcik Pinjaman ini. Sebagai orang Marampayan saya cukup mengenali pakcik Pinjaman juga keluarganya..sangat rapat ! kerana keluarga saya juga merupakan benteng perjuangan Pakcik Pinjaman. Saya juga kenal dengan "datu kabugatan" Iranun yang dikatakan oleh abang naddin..juga rapat dan tahu sejarah perjuangannya. Bapa saya suka sangat bercerita tentang kedua tokoh ini. Biarpun bapa saya bukan terpelajar tetapi ceritanya mengandungi perjuangan bangsa yang bila mendengarnya, membuatkan saya meremang bulu roma.


Biarpun pakcik Pinjaman, tidak mendapat tempat dalam politik Sabah, seperti Tan sri Pandikar..tetapi beliaulah pejuang sebenar-benarnya yang mendaulatkan kuasa politik Iranun. Beliau ada karisma, idea perjuangan yang kental...tawaduk dan istiqamah. tidak muda lentur semangat juangnya....sentiasa memberikan keutamaan kepada bangsanya..tidak pernah membiarkan kuasa politik Iranun dipersendakan..jauh sekali mengutamakan kepentingan peribadi dan mengaut keuntungan harta dan pangkat dengan menggadaikan maruah Iranun.


Kadang-kala saya menitiskan air mata bila mendengar sejarah perjuangannya. Malahan pernah diceritakan bahawa dalam politk beliau pernah tidak sependapat dan Tan Sri Pandikar...tetapi tidak membuatkan dia lupa diri bahawa Tan sri Pandikar itu adalah orang Iranun yang mewarisi perjuangan bangsanya. Lihatlah wahai generasi muda sekarang..lihatlah pejuang bangsa iranun yang sebenar..biar dimamah usia..tetapi segar minda dan perjuangannya. semoga pakcik pinjaman terus diberikan kekuatan untuk bangsa biar 1000 tahun mendatang...Andainya usia menjadi batasan..namun pemikirannya dan perjuangannya menjadi ikutan pejuang baru yang lebih banyak cabarannya.

2 ulasan:

  1. salam ziarah adik Watababai..

    semoga beliau dilanjutkan usia..dan terus berjuang.

    BalasPadam
  2. Dalam politik tidak ramai orang saya panggil guru tetapi Pinjaman Hasim saya panggil GURU. Berdiri bulu roma saya memetik tab lap top bila teringat keberanian Pinjaman dalam perjuangannya.

    Saya berdoa semuga Pinjaman akan diberi tempat dalam politik dimasa akan datang.

    BalasPadam