Selasa, 21 September 2010

PERTIKAI KEPUTUSAN DATUK HAJI MUSBAH JAMLI


Semalam ketika saya mengikuti rombongan pakcik Halim menghadiri kenduri kesyukuran di Kg.Liang, Kota Belud saya terdengar beberapa orang kampung berkenaan yang membicarakan tentang tindak-tanduk Adun Tempasuk, Datuk haji Musbah Jamli yang dikatakan oleh mereka tidak mahu melantik pengganti PKR (pegawai kemajuan rakyat) Tempasuk yang dilepaskan oleh En. Baghdad Turogan beberapa bulan yang lalu.

Walaupun mereka menyifatkan tindakan YB Datuk Musbah ini sebagai meminggirkan pemimpin masyarakat Iranun kerana kebetulan En. Baghdad adalah orang Iranun yang tinggal di Kg. Kota peladok..orang-orang kg. ini juga tidak berpuas hati kerana suara masyarakat tidak dapat didengar oleh YB ini ekoran perletakkan jawatan oleh En. Baghdad Turogan ini. Ada juga yang menyatakan bahawa sebagai kontraktor En. baghdad banyak memperolehi habuan berupa projek di kawasan Tempasuk. Sebab itulah diminta melepaskan jawatan berkenaan.

datuk Musbah, diminta melantik orang yang sepatutnya berkelayakan dari suku Iranun menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh En. Baghdad itu secepat mungkin sebelum sokongan masyarakat Iranun kepada beliau bertambah goyah. Ini kerana walaupun Datuk Musbah telah memberikan kesempatan kepada projek jelapang padi di kg Pintasan dan Tawadakan tetapi tidak semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat iranun akan dapat didengar kalau tidak ada wakil dalam pejabat Dun Tempasuk.

Pada Piliharaya yang lepas Datuk Musbah telah mengalami kekalahan dalam peti undi kg-kg Iranun. di kg peladok beliau hanya menang undi beberapa belas sahaja. Oleh itu masyarakat kg mengharapkan tumpuan lebih diberikan oleh Datuk Musbah untuk menarik undi yang banyak pada pilihanraya akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan