Sabtu, 20 Februari 2010

PRM AKAN REBAH



Sudah jadi lumrah alam, tiada yang kekal berpanjangan. Yang lama akan diganti oleh yang baru, yang tua akan diganti yang muda, yang teguh akan menjadi binasa. Manakala yang telah musnah tentu sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Dalam politik pembangkang di Malaysia, sejarah yang paling besar boleh dicatatkan ialah dengan kewujdan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang didominasi oleh parti serpihan UMNO, Semangat 46. Kononnya ketika menubuhkan UMNO, terdapat 46 perkara yang ditafsirkan sebagai "semangat" yang gagal diperjuangkan oleh UMNO pada waktu itu. Pakatan pembangkang ini nyata gagal merampas Persekutuan untuk mentadbir negara. Akhirnya APU terkubur dan semangat 46 dibubarkan. Tengku Razaliegh kembali kepangkuan Umno.

Apabila Datuk seri Anwar Ibrahim dipecat dari parti dan Kerajaan, rakyat disajikan dengan satu wadah perjuangan politik pembangkang di negara ini. PKR dikatakan mendapat perhatian bertali arus dari golongan muda yang berdarah panas. Di mana-mana dilaungkan "Reformasi" pada watu itu. Selepas DSAI dibebaska dari penjaran, PKR nampak lebih tersusun prinsip perjuangannya. Mungkin kerana kredibiliti DSAI sendiri yang nampak mahir memakai 'topeng' dan berkebolahan melakonkan pelbagai watak dan perwatakan.Akhirnya 'skill' ini telah membawa satu perealisasian prinsip perjuangan kepembangkangan di negara ini apabila tertubuhnya satu pakatan pembangkang ,PAKATAN RAKYAT. Kecurangan prinsip perjuangan cuba didekatkan antara 3 buah parti iaitu PKR, DAP dan PAS. meskipun sayugia dikatakan bahawa ketiag-tiga parti siasah ini mempunyai ideologi dan prinsip berbeza, namun PAKATAN RAKYAT berjaya mengurangkan majoriti wakil UBN di Parlimen. 5 buah negeri menjadi milik PR mengikut lunas-lunas demokrasi, sebelum Kerajaan PR di Perak digulingkan dalam suasana yang penuh tragik.

Suasana perbalahan antara 3 buah parti ini cuba disembunyikan di padang yang terbentang luas. Media mengibaratkan kemelut PR ibarat 'bangkai gajah" yang tidak boleh ditutup lagi. PKR bukan sahaja menghadapi kemelut dalaman yang parah sehingga membawa beberapa pemimpinnya yang suatu ketika dulu memperjuangkan "reformasi' tetapi juga turut dilanda krisis kepimpinan di peringkat negeri. Di Sabah, Datuk Ansari dan Dr. Jeffery serta beberapa orang lagi dilanda arus ketiadkpuasan hati..khabarnya terhadap pimpinan pusat. PKR di Sabah benar-benar menuju kehancuran.

PAS juga dalamannya begitu berombak. Isu kerajaan perpaduan yang menjadi perbalahan senyap buat pemimpin PAS membawa kepada penyisihan beberapa pemimpin kanan dalam PRU Manik Urai..sehingga membawa kepada pelbagai spekulasi. Tidak cukup dengan itu PAS menerima tamparan dalaman apabila ada gesaan dari TGNA supaya beberapa orang pemimpin dalam parti itu ditolak kerana dikatakan terlibat dalam merealisasikan hasrat mewujudkan 'kerajaan perpaduan'. Akhirnya media melaporkan bagaimana kerajaan Kelantan sendiri begitu bergolak dengan kes dan skandal "menantu TGNA" sendiri. Sehingga membawa kepada perletakkan jawatan menantunya dalam Perbadanan Kemajuan kelantan. Kerajaan PAS dikedah juga suatu ketika menghadapi dilema dengan DAP bila isu merobohkan kandang Babi menjadi panas dan berapi.

Isu kerajaan PKR di selangor, begitu ,mendapat perhatian kerana, sebagai sebuah negeri yang kaya, MB nya juga diundang masalah peribadi apabila dilaporkan memiliki hutang berjuta ringgit. Pengedarn gambar boggel exconya juga mencalitkan lumpur pada kerajaan Negeri. DAP di Pulau Pinang pula terus dilanda kontravesi termasuk isu kampung Pala, isu kontrak pasir dan penukaran status tanah.

Kesemua insiden ini, membenarkan bahawa PAKATAN RAKYAT sukar menyatukan pendirian dan pegangan politik mereka. Ada yang meramalkan bahawa jika PAKATAN RAKYAT berjaya ditubuhkan sebagai satu parti,maka ia tidak akan mampu bertahan lama dan akan menuju kehancuran apabila mendapat mandat memerintah negera ini. PR hanya boleh bertolak ansur dalam meletakkan calon pada PRU-13 akan datang, itupun di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak,keadaannya tidak begitu. Apakah PR sudah ada tanda-tanda untuk Binasa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan