Khamis, 31 Disember 2009

CERITA DI SEBALIK KEMENANGAN DATUK SALLEH SEBAGAI KETUA UMNO KB.



Seorang Blogger yang menggelarkan dirinya sebagai ahli Umno Kota Belud telah membuat pendedahan berikut melalui blognya : Apakah ia satu kebenaran atau ada tujuan dan niat untuk menjatuhkan pemimpin yang dimaksudkan. bersama kita nilai :



3. Pemilihan UMNO Kota Belud tahun 2008 memperlihatkan bahawa kekuatan Wang boleh mengubah segala-galanya.

4. Sebenarnya jika perlembagaan baru UMNO yang baru dipindah ini diguna pakai semasa pemilihan UMNO pada tahun 2008. Sudah tentu kemenangan akan memihak kepada Datuk Musbah.

5. Berdasarkan pindahan perlembagaan UMNO baru-baru ini kuasa memilih AJK bahagian adalah terletak ditangan ahli-ahi cawangan. Sementara kuasa untuk memilih Ahli Majlis Tertinggi adalah ditangan perwakilan cawangan termasuk ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri secara automatik perwakilan cawangan.

6. Jika kita perhatikan pemilihan UMNO kota belud pada tahun 2008. Datuk Musbah Haji Jamli masih boleh diistihar memegang ketua UMNO Kota Belud kerana beliau masih mempunyai sokongan padu diperingkat akar umbi. Berdasarkan pencalonan yang diterimanya sudah menggambarkan beliau telah mengatasi Datuk Salleh Tun Said dari sokongan diperingkat akar umbi.

7. Berdasarkan pencalonan itu Datuk Musbah Haji Jamli pendapat 140 percalonan dari cawangan manakala Datuk Salleh Tun Said cuma mendapat 70 pencalonan.

8. Pendekatan yang dilakukan oleh YB Datuk Musbah semasa mentadbir UMNO jauh lebik baik berbanding dengan keadaan UMNO Kota Belud di bawa jagaan Datuk Said Tun Said. Walaupun memiliki kewangan yang lebih berbanding dengan Datuk Musbah Haji Jamli. Tetapi beliau tidak sanggup berkorban membelanjakan sedikit wangnya demi untuk pentadbiran dan pengurusan UMNO Kota Belud

9. Ini dapat dibuktikan semasa UMNO Kota Belud di bawah jagaan Datuk Salleh Tun Said sebanyak dua kali, tidak nampak banyak yang beliau lakukan mengenai UMNO, pejabat UMNO macam kandang kambing tiada sistem langsung. Ini menampakkan Datuk Salleh Tun Said tidaklah sayang UMNO seperti Datuk Musbah yang telah menghabiskan wang ringgitnya demi untuk memertabatkan UMNO di negeri Sabah amnya dan negara khasnya.

10. Semasa UMNO di era Datuk Musbah, beliau telah berjaya menyediakan pejabat UMNO yang bersistem dengan dipenuhi Komputer yang canggih, memperlihatkan Datuk Musbah benar-benar sayangkan UMNO dengan sanggup berbelanja beratus-ratus ribu ringgit untuk kepentingan UMNO Kota Belud.

12. Prestasi yang baik ditunjukkan oleh Datuk Musbah mengatur, mengurus dan mentadbir UMNO Kota Belud telah menyebabkan Datuk Salleh gentar dan risau kerana beliau takut kalau Datuk Musbah terus-terusan dibiarkan menunjukkan kemampuannya menjaga UMNO ditakuti akan menyelenyapkan peluang beliau berkecimpung kembali dalam politik kerana orang Kota Belud, pemimpin masyarakat dan pemimpin negara akan membanding-bandingkan antara beliau dengan Datuk Musbah. Jika ini sampai berlaku, maka dengan sendirinya kelemahan Datuk Salleh mengurus parti dan daerah Kota Belud akan diketahui umum dan dengan itu mereka akan hilang kepercayaan kepada kepimpinannya, lalu mereka akan menolakkan kepimpanannya secara total.

13. Atas sebab itulah pemilihan UMNO tahun 2008 adalah peluang terakhir beliau merebut jawatan Ketua UMNO Kota Belud. Jika peluang ini tidak digunakan oleh beliau, maka terpaksalah beliau mencari parti lain untuk meneruskan kelansungan politiknya seterusnya. Oleh yang demikian Datuk Salleh tidak akan dapat merampas kembali Jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, jika beliau tidak bermain politik kotor semasa pemilihan itu.

14. Antara isu yang di mainkan beliau semasa pemilihan itu, ialah menyerang peribadi Datuk Musbah dengan membuat fitnah kononnya, Musbah akan ditangkap oleh SPRM atas tuduhan rasuah. Fitnah ini dimainkan semula setelah dimainkan semasa pilihanraya tahun 2004 sehinggakan Datuk Musbah tidak dicalunkan pada waktu itu. Inilah kemahiran Datuk Salleh dalam menghancurkan politik seseorang, beliau sanggup mengamalkan sikap Bangsa Yahudi dengan melakukan fitnah yang direkanya sendiri. Wal hal beliau konon taat perintah Allah SWT, tapi bab fitnah beliaulah juaranya. Kalau benar Datuk Musbah mahu ditangkap SPRM kenapa sampai sekarang tidak berlaku demikian. Sebaliknya Datuk Musbah makin hari makin dipercayai rakyat kerana kemampuannya membawa pembanguan ke daerah kota belud semangkin terserlah.

15. Isu kedua yang dimainkan oleh Datuk Salleh semasa pemilihan itu juga ialah melakukan pembohongan kepada dirinya dan perwakilan UMNO masa itu, kononnya beliau akan dilantik Menteri Pembangunan Luar Malaysia. Satu perkara yang mustahil berlaku kerana beliau bukanlah Ahli Parlimen untuk dilantik ke jawatan itu, berapa ramai lagi ahli parlimen yang tiada jawatan. Kenapa pula Datuk Salleh yang dilantik apa kelebihannya sehingga dia perlu dilantik. Inilah persoalan yang mesti difikirkan oleh keseluruhan perwakilan UMNO Kota Belud, siapa Datuk Salleh sebenarnya. Kalau ini berlaku kenapa sampai sekarang beliau masih tiada jawatan apa-apa, bukan ini satu pembohongan kepada kita.

16. Isu yang seterusnya dimainkan oleh Datuk Salleh ialah kononnya dalam kota belud tiada isu kurangkan pemimpin. oleh kerana masa itu beliau bukan wakil rakyat, makan sayanglah kalau konon beliau tidak diberi jawatan. Persoalannya siapa yang tidak kenal dengan Datuk Salleh berbagai-bagai sudah jawatan yang dia pegang dari jawatan sekecil-kecil jawatan sehingga ke jawatan nombor satu selaku ketua menteri. Kemudian kita tanya diri kita balik apakah pembangunan yang dibawanya ke Kota Belud. Kemudian kita tengoh pencapaian Datuk Musbah yang membawa bermacam-macam projek megah yang berimpak tinggi meningkatkan ekonomi penduduk Kota Belud walaupun beliau hanya sekadar Pembantu Menteri, Beliau dapat melakukannya. Inilah yang kira fikirkan bersama siapa Datuk Salleh sebenarnya.

18. Akhirnya untuk menglangsai keinginannya menjawatan jawatan Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said menggunakan senjatanya yang tiada dengan orang lain iaitu wang. Dengan kekuatan wang yang dibina oleh empayar keluarganya hasil daripada penindasan mereka kepada rakyat Kota Belud bertahun-tahun untuk memusnahkan politik Datuk Musbah. Namun anak bajau tulin ini tidak pernah luntur semangatnya untuk meneruskan perjuangannya membangunkan bangsa dan kawasan yang diwakilinya, meksipun beliau telah tewas dalam pemilihan UMNO tersebut.

19. Hari ini ahli UMNO Kota Belud kena buka mata dan merenung kembali peristiwa itu untuk kita mengatur langkah seterusnya, kesalahan yang kita lakukan tempoh hari biarlah berlalu begitu sahaja anggap sahaja sebagai teladan dan panduan kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Legasi Keruak seperti yang diuar-uarkan selama ini pastinya ditamatkan jika kita ingin melihat daerah kita dan bangsa kita setanding dengan bangsa yang lain.

20 Marilah kita bersatu kemabli, rapatkan barisan untuk mengembalikan maruah kita yang dipersendahkan oleh keturunan yang entah darimana ini. Cukuplah selama ini kita diperkotak katikkan selama ini, saya tidak akan mengizinkan bangsa kita di Kota Belud dijajah selama-lamanya, jika kita ingin dan mahu melihat anak bangsa kita dipimpin oleh anak kelahiran tulin dari bangsa bajau, iranun, dusun dan suku-suku lain yang terdapat di Kota belud. Marilah kita bernaung di satu panji-panji yang diketuai oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli, semoga perjuangan ini akan mencapai matlamatnya memartabat bangsa kita.

21. Sebagai ahli UMNO yang selama ini menjadi trauma melihat sepak terajang politik Datuk Salleh Tun akan berjuang membongkar segala kisah dan teladan yang telah berlaku ekoran kekejaman yang dilakukan oleh Datuk Salleh Tun Said yang sejak dari dulu lagi tidak mahu melihat anak jati kota belud berjaya dalam apa bidang pun. Sama-samalah kita renung dari paparan ke paparan yang akan saya postkan nanti.

2 ulasan:

  1. salam watababai,
    3. sama-sama pakai wang...
    4. tidak semestinya,kalau sudah pinda DSSK pakai skil lain...dari awal sudah mula.
    5. perlembagaan baru mnyebabkan lebih banyak wang akan dipakai oleh calon dan terpaksa terima lebih banyak rasuah dari tokey2..dan harga barang tambah naik.rakyat menderita.
    10.canggihkah komputer dorang?
    14.isu SPRM sebelum tu keluar tv3 dan berita harian muka depan. 60 juta. kes keluar pasal dtk musbah tidak bagi sub sikit itu projek perumahan dengan salah seorang ketua cawangan UMNO dilahad datu@semporna.pastu ketua cawangan marah lalu lapor. natijahnya projek tu sampai sekarang terbengkalai.saya semakin hari semakin tidak percaya pada UMNO.
    15.tidak mustahil.kalau beliau dilantik senator beliau boleh dilantik menteri.pengetahuan pasal parlimen perlu ditambah. tan sri muhammad muhammad taib jadi menteri luar bandar masa jadi ketua penerangan UMNO senator jugak. tapi mau derma 10juta la sama UMNO.biasalah UMNO. DSSK baru abis kontrak jadi pengerusi perbadanan kraftangan. time jadi CM dia bawa projek highway sipitang pegi highway kb-tuaran-kk.senang kita ulang-alik kk berbanding dulu. sekarang musa offer dia jadi pengarah YS tapi dia mungkin menolak. musa mula kecut dan mahu sibukkan DSSK sudah.musbah abis beratus ribu juga.

    BalasPadam
  2. ngam la watasikadi...jgn la ko parcaya dgn umno tu..lama sudah nda bole dipercaya tu...apalagi skrg..lagi teruk..kita sj di sabah ni yg masih mempertahankan umno...sbb org sabah betul2 nda peka dgn persekitaran..
    klu dibanding dgn sememnajug...nda jg kurang hebatnya pemimpin2 umno sabah ni yg ketagih rasuah..lagi teruk ..sbb tu la sabah diisthar negeri paling miskin padahal kita boleh sama2 membangun mcm negeri2 lain spt s'gor..johor dll..tapi sbb ketirisan dan amalan rasuah yg hebat..menyebabkan duit yg sepatutnya bole dijadikan 10 sekola hanya dpt 4 sekola sbg cth..

    pemimpin2 sabah terutama org2 lama sudah tidak bisa utk dijadikan pentadbir sabah..kita tidak mempertikaikan pengalaman mereka...dlm berpolitik..tapi saya cuma mempertikaikan pengalaman mereka sebagai pentadbir negeri...saya sudah lama memikirkan sekiranya pemimpin2 sabah dpt digantikan dgn kepimpinanan yg baru dan lebih berpendidikan dan berpandangan "jitu dlm penyelesaian masalah"
    '..tidak mustahil satu masa nnti sabah menjadi negeri paling maju di msia.

    mcm mana sabah boleh maju klu pemimpin hanya sibuk dgn "kepartian" dan "kemasukan"...apa la bangang sgt CM kita sampai SANGGUP memilih wakil2 rakyat yg betul2 tiada sifat kepimpinan dan ilmu utk membawa satu2 kawasan menuju ke arah pembangunan..

    itu belum termasuk wakil2 rakyat yg menipu dgn membeli digree atau sijil dari mana2 universiti..padahal umum sedia tahu sebelum menjadi wakil rakyat apa kelulusan yg mereka ada...malah ada yg hanya lulus tingkatan 3 sj..apa sudah jadi dgn dunia hari ni...

    penumpuan dlm kerja sebagai wakil rakyat hanya dilihat utk sebulan dua selepas diistihar sbg wakil rakyat..selepas itu terus berrebut2 utk melahap harta rakyat...

    maaf tuan punya blog..mgkn kenyataan ini lari dr tapi di atas..tapi kita sebagai warga muda dan sedar akan kepincangan yg berlaku harus menggerakkan minda atau kuasa sekiranya ada demi masa depan rakyat sabah.

    BalasPadam