Rabu, 18 November 2009

PERSATUAN BLOGGER KOTA BELUD


Semalam saya bertemu dengan seorang blogger di KB. Kami secara kebetulan bertemu di Bank Simpanan Nasional.Setelah berborak lama. Dia mengajak saya minum di restoran M. Katanya bersembang-sembang sementara menunggu rakannya yang datang dari KK. Banyak cerita yang kami ceritakan termasuklah mengenai dunia blog di KB yang semakin laris .Katanya dia yakin bahawa kebanyakkan blogger di KB mempunyai 2 atau lebih blog kerana idea yang sama berulang-ulang diketengahkan.

Antara yang Top danmenjadi kunjungan ialah blog KELAPA MAWAR, NUJUM PAK BELALANG,BANASAB,KUDA BERHIAS, ONE KOTA BELUD,DAYANG WULAN,MUSLI OLI DAN lain-lain lagi...kami kira hampir lebih 20 blog di KB.

maka datanglah idea supaya ditubuhkan satu Persatuan Blogger di KB supaya ada penyelarasan dari segi isu yang dipaparkan. Kata rakan saya ini, bayangkan kalau ramai-ramai membawa isu yang saya, ia boleh memberikan kesan yang besar ke atas pembangunan daerah KB ini..

Setelah menyetujui asasnya menubuhkan satu persatuan blogger, kami mula mencatur SIAPA yang patut menjadi Presidennya..? Maka rasanya yang paling layak ialah Sdr Musli Oli.Seorang aktivis sosial, Pemimpin NGO, aktif dalam politik, Penulis,pemerhati dan penganalisis politik negara. Sumbangan dan kepakarannya dalam hal-hal kemasyarakatan membolehkan Persatuan Blogger ini ditubuhkan secepat mungkin..kalau boleh sdr Musli menjadi pengerusi penaja terlebih dahulu dan merancang satu pertemuan supaya langkah seterusnya dilaksanakan.

9 ulasan:

  1. saya setuju dengan syarat Sdr Musli berganding dgn sdri sitti farhana...

    BalasPadam
  2. Salam ziarah saudara Watababai.. idea yang bagus... salam perkenalan dari bloggers seliu-liu.blogspot.com dan azrone.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Sokong juga... kakak Idahan ini asyik memerli Siti saja

    BalasPadam
  4. saya sokong. siti jadi pengerusi penaja pun saya sokong. tapi maaf kerana tidak dapat menyertainya atas sebab-sebab tertentu.

    BalasPadam
  5. sdri Idahan..

    thnks kerana bersetuju apa kata sdri siti pula...boleh berganding dgn sdr Musli kah..?

    BalasPadam
  6. sdr Azrone..

    saya suka berkenalan dgn sdr..saya dah buka blog sdr...syooook baca..bye

    BalasPadam
  7. ai sdri sittti ..

    bila kita nak jadikan U gandingn sdr Musli...bila boleh jumpa ye..?

    BalasPadam
  8. sdr watasikadi..

    harap u dapat menyertainya lah..sbb u ni kalau bagi idea panjang2 berjela-jela..pasti boleh bantu persatuan blogger Kb nanti..

    BalasPadam
  9. salam watababai,
    walaupun tidak menyertai saya tetap membantu dari luar.saya ikhlas dengan idea yang saya berikan.saya masih terlalu muda dan kurang pengalaman. saya harus menimba ilmu dari blogger berpengalaman seperti watababai.

    BalasPadam